Friday, February 24, 2012

Penjagaan Kereta Enjin Turbo


Periksa minyak hitam kereta anda seminggu sekali untuk mengetahui tahap minyak dan warna minyak tersebut.kiranya ia adalah sebagai indikator.Jika warnanya hitam -kehitaman ataupun telah cair adalah lebih baik ditukar minyak tersebut.Jika tahap minyak menghampiri paras rendah dan warnanya masih ok iaitu masih pekat lagi, tambahkan sahaja.Pemeriksaan minyak hitam ini sebaiknya dilakukan pada waktu 30 minit selepas enjin dimatikan.Namun begitu pemeriksaan minyak hitam juga boleh dilakukan pada waktu pagi iaitu sebelum enjin kereta dihidupkan kerana pada masa itu minyak berada pada takungan bawah.

Gunakan minyak hitam yang baik iaitu sintetik sepenuhnya.Seeloknya kenal pasti minyak hitam berdasarkan kelikatannya.Lebih likat lebih bagus.Biasanya ada tertera kod 10W30,15W40 atau 20W50 pada botol minyak hitam yang kita beli.Sebagai contoh 10W30 : 10W bermaksud minyak tersebut boleh tahan pada suhu -10 darjah celcius dan ini biasanya penting untuk negara 4 musim,maka di Malaysia ini tidak menjadi masalah. 30 pula menunjukkan kelikatan/kepekatan minyak tersebut.Dalam contoh yang diberikan 30-cair, 40- sederhana dan 50-pekat.Secara ringkasnya lagi tinggi adalah lebih bagus.

Periksa air enjin sekerap yang mungkin.tambah jika kurang. sentiasa pastikan ianya berada pada tahap yang ditetapkan.

Jangan sesekali cuci enjin di 'car wash'. Ini kerana ditakuti ada komponen-komponen yang sensitif apabila terkena air lebih2 lagi apabila enjin masih dalam keadaan panas.memadai dengan lapkan enjin anda dengan kain lembap dan diikuti dgn kain kering,ini sesuai dilakukan apabila enjin dalam keadaan sejuk.

Periksa juga air bateri agar sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

Servis kereta anda mengikut jangka waktu yang ditetapkan.

Jika terdapat sebarang kerosakan kecil berkaitan enjin adalah dicadangkan berjumpa dgn mekanik.Jangan sesekali cuba2 untuk baiki sendiri kerana ditakuti kerosakan kecil akan mengakibatkan kerosakan yang lebih besar seterusnya akan memeningkan lagi kepala anda.Melainkan anda ada pengetahuan dan pengalaman berkaitan benda2 tersebut.

No comments:

Post a Comment