Friday, January 20, 2012

Pemanduan Ketika Kecemasan


BREK GAGAL BERFUNGSI

* Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
* Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
* Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
* Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
* Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.

KENDERAAN TERBABAS

* Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
* Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
* Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.

PEMECUT TERLEKAT

* Jika jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
* Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
* Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
* Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
* Jikalau gagal hubungi mekanik.

BONET TERBUKA

* Brek secara beransur-ansur.
* Naik ke atas bahu Jalan.
* Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
* Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.

TAYAR PECAH

* Pegang stereng dengan erat.
* Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
* Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
* Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
* Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
* Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
* Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

No comments:

Post a Comment